NuffnangX

Wednesday, April 30, 2008

Jalan-jalan - Zoo Negara

Lepas tinggalkan Adeef 3 hari, last weekend aku bwk la dia g jejalan. Nak pujuk le kononnyer. Memula mmg dah plan nak bwk g zoo, tp Aizul kata mls la, luas sgt nak jalan. Pas tu terpikir lak nak bwk g bird park. Last2, g gak Zoo Negara. Tp lupa bwk camera. hehehehe... ummi la dah amik pastu tgalkan atas freezer lak. Nasib baik ada hp.

Tp sian kat Adeef. Tak puas dia tgk animals kat zoo tu sbb hujan. Sempat la pusing 1 round naik train. Pastu tgk persembahan kat theatret sekejap. Pas tu igt nak jln kaki lak. Nasib baik tak sempat g jauh. Sempat sampai kat tpt elephant ngan giraffe jer. Mmg tgk cuaca mcm nak ujan. Sampai kat tpt giraffe tu, dah rasa gerimis. Cepat2 balik ke pintu masuk. Tak lama tu, ujan turun dgn lebat. Lepak la kat situ. Lama gak nak tunggu hujan benti.

Hujan tak benti btul, gerimis jer. Kitorg pun pikir naik train la pusing lg sekali biar Adeef puas sikit. Tak sempat pun nak jejalan kaki. Byk gak la tpt tak masuk. Tpt bird, snake n crocodile mmg tak sempat nak masuk la sbb naik train. Nak turun, hujan still gerimis. Tp seronok tgk Adeef. Dia suka tol tgk animals. Pandai lak tu tgk lions ngan tiger, dia wat bunyi cam iklan susu.


Onda way balik, singgah Awan Besar mkn Sate Kajang. Satu hari Adeef jejalan langsung tak tido. tahan betul mata dak sorg nih...


dlm train, tgk elephant

sempat amik gambar ngan girrafe je b4 hujan...

dlm keter masa balik, mata dah bengkak tp tak tido gaks

Konvensyen Setiausaha TNB 2008

Konvensyen tahun ni mcm thn2 lepas gak. Wat kat Kondominium TNB, Port Dickson dgn tema SUCCED THROUGH PROFESIONALISM dari 23-25 April 08. Thn ni program yg disusun mmg pack. Penuh, xder masa nak rehat2 n kuar2 g jejalan... nak ponteng pun susah (aku la tu slalu ponteng...)

Kali ni byk buat outdoor activities. Tak byk la snap gambar. Ada masa dinner jer sikit. Kursus kali ni dianjurkan sepenuhnya oleh Trainex Concsultancy yang dipimpin oleh Dr. Ahmad Satar n geng. Ok la aktiviti yg dorg susun. Tak boring sbb tak byk dgr talk. Cuma yg boring masa course PERSONAL GROOMING AND SOCIAL ETIQUETTE boring sikit n ngantuk... Untuk kali ni, diorg bahagikan mengikut kumpulan yg dorg tetapkan. Best la sbb selalu tu ikut sendiri2 jer. Kenal mmg kenal tp bila dibahagikan kumpulan cam ni lebih mesra la dgn yg lelain yg selalunya kalo contact pun setakat di talipon jerk...

Tiap2 pagi ada morning exercise, aerobik.... huhhuuuh... setahun sekali br nak exercise, mana tak semput. Kitorg yg muda2 ni kira leh la tahan lg. Sian tgk akak2 yg senior2 tu. Tercungap memasing.

Utk activity outdoor hari pertama, kitorg kena wat aktiviti berkumpulan utk solve kan puzzle quiz n halangan. Halangan ni ada termasuk kena kayak. Huhuhuh.... dah bertahun2 tak wat kayak. Tersasar jugak la... nasib baik laut masa tu kurang bergelora n berangin. Xder la susah sgt nak handle. hari kedua cuma ada grooming course tu n ptg b4 habis kitorg kena wat treasure hunt.

Utk dinner, tema thn nih ‘Glam Nite’. Tp disebabkan majlis ni sblm gaji, aku xder wat preparation apa2 pun. Pakai je apa yg ada. Heheheheh.... persembahan kena wat ikut group. Kitorg wat simple2 jer tp tak sangka sgt dpt no. 2... huhhuhuh... igtkan dpt no. 3 sbb the last team tu mmg tau tak baper nak best pun... anywaty... congrats to all ‘The A Team’ members di bawah pimpinan Kak Ros. We are the best....!!!!

Tuesday, April 22, 2008

Kerenah Adeef....

Aduh... sesejak ni letih betul nak melayan kerenah baru anak bujang aku nih. Mcm2 perangai lak. Dulu tak pernah pun mcm nih.

Sekarang Adeef dah pandai mengamuk n melalak. Apa yg dia nak tak dpt, siap la dia melalak. Sejam pun tak abis. Yg lawaknya, bila melalak leh lak benti bila tgk iklan ker, kartun ker yg dia suka ker. Pastu igtkan dah abis, rupanya sambung lg...

bila suruh je bukak seluar or sebut perkataan mandi, dia dah pegi depan pintu bilik air dulu. Padahal ummi yg ckp nak mandi. Tak bg masuk, melalak lagi. Bila mandi, tak leh siap terus kuar. Nak main air dulu. Tp baiknya Adeef ni, dia main air sambil duduk, takkan bangun pun dr tpt dia duduk tuh. Bg dia gayung, dia isi air dr paip n tuang. Ummi bukak air slow je la n ummi percaya la nak biar Adeef dlm bathroom sambil2 ummi wat keje kat dapur. Tu pun sbb Adeef xkan bangun. Kalo pandai bgn mmg tak tinggal sesorg. Bahaya.... Kalau nak basuh tangan kat sinki, nak kena cepat2 sblm Adeef dpt capai apa2 yg ada kat sekeliling sink tu.

Sejak seminggu dua nih, agaknya sbb cuaca pun memlm agak sejuk, Adeef selalu batuk time tgh2 mlm. Adeef kalo batuk mesti muntah. Tp doc kata tu xder mslh. Lg bagus kalo dia muntah bila batuk sbb dia akan kuarkan kahak. Bila Adeef batuk tgh2 mlm, mesti la dia jaga. Kekadg sian tgk Adeef muntah n ganggu tido. Sblm tido bg ubt batuk pun still batuk lg. Faktor cuaca gak tu. Nasib gak tak tido ngan aircond. Sebelum ni Adeef mmg jarang sesgt bangun tgh mlm. Dr baby lg dia mmg tak kacau ummi tido...

Mlm smlm, lepas batuk tp tak muntah pun. Tp aku amik langkah berjaga, soh abah on kan lampu. Memula Adeef marah tp lps tu tunjuk tv, soh on tv la tuh. Masa memula dia batuk tu dlm kul 2.50 am. Lepastu dia tgk Ceria sambil dok gelak2 subuh2 hari, sampai kul 4.30 am tak tido. Kalo dia sorg tak tido xper, bila ummi pejam mata, Adeef tepuk2 pipi ummi, suruh celik. Bila ummi celik, Adeef sambung tgk tv lg... huhuhuh.... kat opis ummi yg sangap....

Sebenarnya bkn aku nak mengeluh atau apa. Tp kekadg tu bila time letih, dia lak wat perangai cam tuh, rasa cam ilang sabar pun ada gak. Tp alhamdulillah wat masa nih aku leh kontrol lg la kemarahan aku ni... tp kekadg terlepas gak ler. Tak ler marah camner pun, sikit2 jer la. Tp bila lepas mrh tu, tgk Adeef rasa sian sgt. Mesti aku peluk n cium2. Adeef pun dah pandai merajuk. Tp bila ummi panggil n pujuk, lg la saja2 je wat2 nangis. Tp pas tu elok la... itula dugaan seorg ibu... baru kau tau.... huhuhuhuh...

Adeef still tak pandai berckp lg. Tp doc kata bkn mslh besar sbb dia tgk Adeef ni otaknyer lebih kepada perbuatan. Apa yg otak dia tangkap, terus kepada perbuatan dr percakapan. Mmg pun, mcm2 peel br yg dia dpt. Pantang tgk org wat apa, sumer dia ikut. TV jgn ckp la, apa kat tv tu tunjuk, dia ikut. Tp bila ummi nak ajar ckp, langsung tak hirau. Tak ikut pun. Tp mulut bising, ntah apa dia ckp. Tak per la... ummi tunggu je bila Adeef pandai cakap nnt.
Bab mkn, mmg ummi tak pernah pantangkan apa2 dr baby lg. Skrg bg la apa pun sumer mkn. Yg penting ummi tau apa yg Adeef mkn tu tak memudaratkan. Susu pun mcm tu. tak kisah susu jenama apa pun. Bg je kat Adeef, takde halnyer... tukar la susu apa pun, mmg xder mlsh. Yg penting anak bujang ummi ni sihat dan bijak... Alhamdulillah, Adeef jarang sgt tak sihat. Kalau setakat dedar2 badan tu, ada la. Bila bg ubat, cukup, terus ok. Tumbuh gigi pun tak pernah demam. Tau2 gigi dah banyak.... demam, selsema, batuk, sesekali jer. Doc pun kata badan Adeef ni mmg xder mslh.
Ummi ngan Abah syukur sgt.... Alhamdulillah. Moga2 kesihatan Adeef ni berterusan selama-lamanya. Itu doa dari ummi dan abah untuk permata hati kesayangan kami ni.... insyaallah...

Wednesday, April 16, 2008

Bulan yang sibuk...

Last month aku ada entry 'Minggu Yang Sibuk'... tp bln ni la merupakan betul2 BULAN YANG SIBUK...

huih... betol2 sibuk ler bln nih. Mcm2 aktiviti ada dlm bln nih. kekadg aku terpikir gak. Setahun ada 12 bln tp naper sumer benda nak wat dlm bln nih..... wargghh....!!!!! tensen la pulak...

Esok adalah hari yg paling ditakuti dlm tahun nih... Surveillance Audit ISO 9001:2000, Bahagian Pembahagian, TNB oleh SIRIM yang melibatkan kawasan aku. yg paling tensennyer... bila sirim nak dtg br la nak wat awareness. pastu br lak kata all the minute meeting kena wat ikut format yang 'akan' disediakan. 'Akan' tau.. bukan telah. Tinggal seminggu lg br nak fwdkan format. kalo leh copy paste je xper gak, ni kena retype. Nasib baik ler thn ni PK Review ada 8 jerk. tu pun last weekend aku abiskan kat opis sambil ditemani Adeef. Huru-hara kejap opis aku 2 hr tuh. seb baik sabtu ahad tu xder org len (tak sempat nak snap apa2 gambar aktiviti Adeef kat opis aku sbb sibuk sgt wat minit...).

apa2 perkembangan... tunggu esok jerk. entah auditor tu tgk ke tidak minit2 tu sumer sbb xtau lg apa yg dorg nak tgk. tp bg aku biar la dia tgk walau setakat selak2 dr lsung xtanya. penat2 jer seminggu kitorg mcm org giler tp lsung dorg tak tgk. lg tensen...

utk hr ni, minit dah siap sumer sekali ngan presentation. hehehehe... tip top file mesyuarat aku kali nih.. ekekekek... (biasanya aku wat jer n save dlm pc tp tak print. print bila perlu jerk....). ptg nih nak kena wat persiapan logistik utk esok. yg dtg nyer sorg jer tp sibuk nyer mcm nak dtg 100 org...

lepas abis audit, minggu depan 24hb ada Sukan Teknikal TNB Selangor lak. tp yg ni aku tak terlibat ngan acara, tp ttp terlibat ngan pengurusan pasukan. tp yg paling best, minggu depan ada KONVENSYEN SETIAUSAHA TNB kat Kondominium TNB, PD dari 23-25 April 2008. maknanya aku kena tinggalkan keje2 yang berkaitan sukan teknikal. heheheh... suka aku. lgpun konvensyen ni sethn sekali jerk. ini lah masa nak jumpa kekwn dr seluruh TNB.

2 weeks lg birthday Aizul. xtau lg nak wat apa or beli apa2. igt nak tempah cup cake jerk, xpun nak blanjan mkn tp xtau kat ner. nnt lah pikir... kepala tgh serabut giler nih...

Friday, April 11, 2008

Checkup with Paed at SMC

Lupa lak nak citer. Last Saturday bwk Adeef pegi jumpa his Paed kat SMC, Dr. Ho. Last cucuk for 18mth. Lepas ni Adeef umur 4 thn la pulak dtg balik utk cucuk. Mmg aku suruh Aizul cuti utk bwk Adeef kali ni sbb ini yg last. Lgpun dgn keadaan keaktifan Adeef sekarang ni, aku surrender la kalau nak bwk dia sesorg.

Tp hari tu Adeef baik lak masa menunggu. Nak kata sbb org ramai tak gak, sbb biasanya dia ni tak kisah org. Lps register, Aizul pegi kat kedai kat dlm SMC tu utk belikan Adeef roti n air kotak, saja nak bg diam. Mmg diam pun dia mkn, tp kejap je lah. Tetap gak merayap tp tak pegi jauh. Baik sungguh anak ummi hari tuh.

Hari ni Adeef wat sejarah lak. Selama ni pegi jumpa paed tak penah pun menangis wpun kena cucuk. Pernah gak ler nangis tp kejap jer, bg mainan senyap terus. Sampai Dr. Ho n Kak Ju (assistantn dr.) puji2 Adeef ni good boy. Tak pernah nangis pun. Relax je muka dia. Tapi tidak utk kali ini. Masa nak pegi timbang pun nangis xnak naik kat penimbang tuh. Apa kena entah. Biasanya tak suruh pun dia panjat kat situ. Lps tu diam la balik dpt minum ribena yg abah beli td. Then, masuk bilik dr. mula nangis lg. Bila dr pegang je lg kuat. Hmmm..... apa la Adeef nih. Biasanya jumpa doktor tak pernah wat perangai. Dah besar2 ni lak br tunjuk perangai. Masa baringkan atas katil dah nak reda lps tunjuk mainan kat atas katil tuh. Tp perangai Adeef yg baru, nangis memanjang2 lak. Saja jer bunyi nangis wpun xder airmata. Masa doc wat injection, tak kuat pun bunyi menangis. Dia saja jer wat2 menangis dr awl td.

Adeef ni lepas dpt injection dr dulu tak pernah ada masalah. Biasanya Dr. Ho akan warning la mana2 injection yg blh jadik demam. Tp kalau Adeef demam pun, sekejap jer. Mcm dedar2 cam tu jer. Pas mkn ubat, ok la.

Dr. Ho tu mmg dah di assign kat Adeef sejak lepas bersalin lg. So far, mmg puas hati la ngan Dr. Ho nih. Kalau d check up, dia akan cerita detail psl Adeef’s growth. Then dia akan citer pd waktu umur tu apa yg baby suka, tak suka, apa yg perlu n mcm2 lg dia citer. Kekadg lama kat dlm bilik tu sbb dgr dia citer jer. Alhamdulillah doc kata Adeef ni sihat, xder mslh. Demam sikit2 tu biasa la. Tp adeef pun mmg jarang demam. Carta peningkatan Adeef pun ok jer. Naik ikut line tgh2, normal. Lps nih kena pegi masa umur 4-5 thn lak. Lebih kurg 2 thn lg la. Insyaallah....

Thursday, April 10, 2008

9 April 2008....

9 April 2008 - umur aku menginjak setahun lg... kali ini menjadi 27thn... thanks to all yg wish kat aku... tp smlm aku xmasuk opis. So aku tak der la entry utk smlm...

Seperti biasa mmg xder apa2 yg special la dr suami ku tersayang tuh... heheheheh... mmg dah tau dari dulu lg. Yang penting dia tak lupa tarikh besday aku cukup la... n wish dr dia dah cukup bermakna.

Tp smlm Abah n Adeef wat suprise kat ummi... mmg tak jangka. Pandai dah Adeef tipu ummi....(dia pun bkn pandai nak ckp per pun...hihihihi).

Smlm atas dasar kepala yang berat dan letih seharian kat pameran keselamatan, terpaksa la aku amik EL wpun smlm ada PK Review. Sori la bos sbb tak dpt amik minit smlm... hehehehhe... lgpun Adeef tak baper nak sihat smlm. Merengek jerk n asik berkepit jer ngan ummi. So, mlm pun malas la nak masak. Kitorg mkn kat luar jer la... patutla Aizul dok beria2 ajak mkn dlm kul 8 lebih tu. Pelik gak, lapor ker tp dia kata ptg dah g mkn ngan kekawan dia. pastu dia kata kita g mkn kul 9 la... aku ikut jer. Mkn kat area2 umah jer. Lgpun kedai tu harga ok, rasa n service pun ok.

Masa makan, dia kata ada member nak jumpa. Aku kata soh je la dtg kat kedai mkn tu. Bkn jauh pun dari umah. Dia kata xleh la dtg time tgh mkn. Tak best. Pastu dia kata dah kul 9.30, nak g jumpa kwn, amik brg. Seb baik dah siap mkn masa tu... hihiii...

Pas sampai umah, dia ngan Adeef tak masuk umah pun. Kata nak g jumpa member. Aku pelik gak sebenarnya sbb xder lak bunyik telefon dr member dia tuh. Aku pun lantak la, dia pun bwk Adeef, sng sket nak kemas umah.

Rupa2nya diorg anak beranak pegi beli kek kat ummi... ummi tak jangka sangat ler sbb abah kata nak beli kendian2.... terharu gak ler sbb abah ngan adeef berjaya suprised kan ummi... tq abah... tq adeef....

Tp adeef la yg paling seronok bila ada kek tuh. Dia yg sibuk pegang pisau kek n tak sabar2 nak potong. Adeef...adeef... br 1½ dah pandai la bila beli kek mesti nak potong... tau2 jer...
Apa2 pun.... tqvm abah n adeef yg suprised kan ummi... love u all... tp this Saturday adeef kena tinggal la... abah nak belanja ummi... hihihihi....



Kek Suprised from Abah&Adeef

suker tol dpt potong kek....

leka mkn kek....

thanks abah.... (sian adeef nampak kepala jer.... masa ni sibuk tgk kek...)

Pameran Keselamatan


Setelah berhempas pulas selama lebih kurg 2 minggu... akhirnya berjaya jugak kitorg menjayakan Pameran Keselamatan Peringkat Kebangsaan kat ILSAS. 2 hari kitorg berkampung kat sana.

Walaupun penat tp berbaloi gak ler ngan hasil usaha kitorg. Komitmen yg ditunjukkan oleh semua yg terlibat mmg bagus. Walaupun ada org tu yg ‘dpt nama’ jer tp yg wat kerja org lain... bengang mmg bengang terutama org2 kuat sbb person in charge yg telah dilantik hanya pada nama jer... yg wat keje org lain. Yg dia tau, dtg tgk, komplen. Mmg sakit hati... aku pun pelik la... dia xder perasaan ke hanya duduk tgk org lain wat keje...

Tp apa2 pun.... benda dah berlaku. Kitorg harap bos kitorg bukak mata lah lepas nih sbb ada org lain yg lebih layak dari yg hanya pandai bercakap tp apa pun tak jadi... kitorg dah membayangkan... kalau la semua org2 kuat nih sabotaj xnak terlibat langsung... mmg tak jadik apa2 la booth tu...

Anyway... kita dah berjaya....



Our Booth...

Tuesday, April 1, 2008

Balik Kampung Ummi

Last weekend kitorg balik kg aku kat Sg. Besar. Ada kenduri, jiran yg dok dkt2 ngan umah aku. Dia nih wpun bujang tp mmg jenis bercampur ngan org n rajin kalo ada kenduri2. lgpun aku mmg kenal ngan adik badik dia nih sbb makcik dia nih jiran kitorg dulu yg mmg baik ngan mak abah aku n adik yg bwh dia nih sebaya aku n kwn sepupu aku n slalu g skolah sesama. Lgpun mak aku ngan mak dia kawan masa skolah dulu. Aizul pun berkwn ngan dia sbb dua2 mekanik. Kira mmg berkait rapat la wpun bkn sedara. Byk kaitannya...

Dah alang2 balik kg tuh, kitorg singgah ke umah pakngah aku (abg mak aku). Setelah hampir 2 thn mak aku tak balik, br thn ni la kitorg balik situ. Biasala gaduh adik beradik nih. Aku sebagai anak ikut je apa yg baik utk mak aku. Dia nak balik, aku bwkkan jer. Lgpun, air dicincang xkan putus. Diorg tu dah le 2 beradik jer. Masa keadaan agak kecoh dulu pun aku dah mmg agak xkan selamanya mak aku ngan pakcik aku nih putus hubungan. Satu hari hubungan ni ttp akan bersambung semula. Wpun sakit hati mcmana sekalipun, diorg tetap sedara mara aku dan hanya diorg je lah sedara mara belah mak aku. Seingat aku last aku balik situ lps aku kawin. Pastu skrg ni Adeef dah sethn stgh br aku bwk dia balik. Bg aku, mcmana pun aku ttp akan igt rumah tu sbb kat situ la aku dok masa sekolah dulu (masa tu arwah atuk aku hidup lg). Sesejak arwah atuk aku meninggal br la jarang balik lelebih lg sejak kejadian tuh...

Tinggal la kisah tuh. Kisah adeef lak. Seronok sangat la dpt balik kg, dah ler kawasan umah lapang, byk kucing. Seronok la dia tawaf kawasan umah tu. Aku yg letih nak kejar. Seb baik la dia tak masuk ke bendang. Kalo tak jenuh la aku nak kejar.... agaknya dia tgk penuh pagi je kot so dia tak de la berniat nak masuk ke situ. Heheheheh.... satu hari suntuk tak tido lsung hr tuh. Tak rasa ngantuk dah agaknya. Kat dlm umah turun naik tangga la pulak kerjanya...

Kitorg balik hari jer, tak tido sana pun. Aizul dah tentu xnak ler tido sana. Susah katanya tido umah org. Yer la dia pun tak biasa sgt balik sana. Tp nnt bln 7 sepupu aku nak kawin, nak xnak kena tido gak ler. Tp agak2 rasa ramai sgt, aku leh tido umah makcik belah abah aku. Dekat2 jer umah.

Dlm keter dlm perjalanan balik br la Adeef tido. Singgah kat Jln Kapar dulu, makan. Nnt senang mlm xyah nak masak dah. Aku dah rasa berat jer kepala mlm tuh. Esoknya aku mc, migrain. Ni pun kepala tgh berat jerk nih... sakit lg la...