NuffnangX

Tuesday, April 22, 2008

Kerenah Adeef....

Aduh... sesejak ni letih betul nak melayan kerenah baru anak bujang aku nih. Mcm2 perangai lak. Dulu tak pernah pun mcm nih.

Sekarang Adeef dah pandai mengamuk n melalak. Apa yg dia nak tak dpt, siap la dia melalak. Sejam pun tak abis. Yg lawaknya, bila melalak leh lak benti bila tgk iklan ker, kartun ker yg dia suka ker. Pastu igtkan dah abis, rupanya sambung lg...

bila suruh je bukak seluar or sebut perkataan mandi, dia dah pegi depan pintu bilik air dulu. Padahal ummi yg ckp nak mandi. Tak bg masuk, melalak lagi. Bila mandi, tak leh siap terus kuar. Nak main air dulu. Tp baiknya Adeef ni, dia main air sambil duduk, takkan bangun pun dr tpt dia duduk tuh. Bg dia gayung, dia isi air dr paip n tuang. Ummi bukak air slow je la n ummi percaya la nak biar Adeef dlm bathroom sambil2 ummi wat keje kat dapur. Tu pun sbb Adeef xkan bangun. Kalo pandai bgn mmg tak tinggal sesorg. Bahaya.... Kalau nak basuh tangan kat sinki, nak kena cepat2 sblm Adeef dpt capai apa2 yg ada kat sekeliling sink tu.

Sejak seminggu dua nih, agaknya sbb cuaca pun memlm agak sejuk, Adeef selalu batuk time tgh2 mlm. Adeef kalo batuk mesti muntah. Tp doc kata tu xder mslh. Lg bagus kalo dia muntah bila batuk sbb dia akan kuarkan kahak. Bila Adeef batuk tgh2 mlm, mesti la dia jaga. Kekadg sian tgk Adeef muntah n ganggu tido. Sblm tido bg ubt batuk pun still batuk lg. Faktor cuaca gak tu. Nasib gak tak tido ngan aircond. Sebelum ni Adeef mmg jarang sesgt bangun tgh mlm. Dr baby lg dia mmg tak kacau ummi tido...

Mlm smlm, lepas batuk tp tak muntah pun. Tp aku amik langkah berjaga, soh abah on kan lampu. Memula Adeef marah tp lps tu tunjuk tv, soh on tv la tuh. Masa memula dia batuk tu dlm kul 2.50 am. Lepastu dia tgk Ceria sambil dok gelak2 subuh2 hari, sampai kul 4.30 am tak tido. Kalo dia sorg tak tido xper, bila ummi pejam mata, Adeef tepuk2 pipi ummi, suruh celik. Bila ummi celik, Adeef sambung tgk tv lg... huhuhuh.... kat opis ummi yg sangap....

Sebenarnya bkn aku nak mengeluh atau apa. Tp kekadg tu bila time letih, dia lak wat perangai cam tuh, rasa cam ilang sabar pun ada gak. Tp alhamdulillah wat masa nih aku leh kontrol lg la kemarahan aku ni... tp kekadg terlepas gak ler. Tak ler marah camner pun, sikit2 jer la. Tp bila lepas mrh tu, tgk Adeef rasa sian sgt. Mesti aku peluk n cium2. Adeef pun dah pandai merajuk. Tp bila ummi panggil n pujuk, lg la saja2 je wat2 nangis. Tp pas tu elok la... itula dugaan seorg ibu... baru kau tau.... huhuhuhuh...

Adeef still tak pandai berckp lg. Tp doc kata bkn mslh besar sbb dia tgk Adeef ni otaknyer lebih kepada perbuatan. Apa yg otak dia tangkap, terus kepada perbuatan dr percakapan. Mmg pun, mcm2 peel br yg dia dpt. Pantang tgk org wat apa, sumer dia ikut. TV jgn ckp la, apa kat tv tu tunjuk, dia ikut. Tp bila ummi nak ajar ckp, langsung tak hirau. Tak ikut pun. Tp mulut bising, ntah apa dia ckp. Tak per la... ummi tunggu je bila Adeef pandai cakap nnt.
Bab mkn, mmg ummi tak pernah pantangkan apa2 dr baby lg. Skrg bg la apa pun sumer mkn. Yg penting ummi tau apa yg Adeef mkn tu tak memudaratkan. Susu pun mcm tu. tak kisah susu jenama apa pun. Bg je kat Adeef, takde halnyer... tukar la susu apa pun, mmg xder mlsh. Yg penting anak bujang ummi ni sihat dan bijak... Alhamdulillah, Adeef jarang sgt tak sihat. Kalau setakat dedar2 badan tu, ada la. Bila bg ubat, cukup, terus ok. Tumbuh gigi pun tak pernah demam. Tau2 gigi dah banyak.... demam, selsema, batuk, sesekali jer. Doc pun kata badan Adeef ni mmg xder mslh.
Ummi ngan Abah syukur sgt.... Alhamdulillah. Moga2 kesihatan Adeef ni berterusan selama-lamanya. Itu doa dari ummi dan abah untuk permata hati kesayangan kami ni.... insyaallah...

No comments: