Dah masuk 3 hari Adeef demam. Tp demam2 pun, aktif tetap gak. Tak reti duduk diam. Hr Isnin, balik keje petang tu mak aku kata badan Adeef panas tp lepas mkn ubat ok dah. tp aku nak bwk gak g klinik mlm ni sbb ubat demam dah nak abis. trus call abah Adeef, soh dia balik awl sikit. lama dah Adeef tak demam. rasanya last tak sihat lepas balik Langkawi last January kot...
Mlm ni nak g Klinik Rosli, sbb br jer 2minggu lepas g Klinik Ahmad Shah. Tp tu la yg malasnyer nak g klinik Rosli nih, mesti ramai org. Pegi kol 10.00 pun still ramai org lagi. dah la tu service lembab sket. time xder org pun lembab ni lak time org ramai. seb baik ubat dia ok la. tp tunggu jer la. Adeef pun asik main jer la ngan sesapa dak2 yg ada kat situ. badan panas tp main tetap main gak. Aizul komplen lak kata muka Adeef nampak comot jer mlm nih. dah lelama, Adeef dah boring dia xnak main kat dlm klinik. nak kuar jer. Abah Adeef pun dah naik mls la nak tunggu ngan kerenah Adeef yg xnak diam tuh. so, aku pun amik ubat demam jer tanpa jumpa doktor.
Time nak tido, bg Adeef makan ubat. pastu Adeef golek2 kat tilam n aku noticed yg kat muka Adeef ada bintik2. patutla abah kata td muka Adeef nampak comot. Aku pun tgk la kat badan, ada gak. n rasanya bintik kat muka lg banyak dr td. So, kitorg bwk la Adeef ke klinik lg sekali. kena g klinik rosli gak sbb Klinik Ahmad Shah sampai kul 12mlm jer. masa tu dah 11.45, kena gak le g klinik rosli. tp xkan la time nih pun ramai org gak kan. heheheheh....
Jumpa doktor, bila cakap Adeef demam, doktor tanya betulker demam? tgk elok jer ligat kesana kemari (sbb doc ada nampak Adeef b4 dia masuk bilik dia). tp temperature Adeef mmg agak panas la gak. n doc kata ada kuar demam campak sbb tu ada bintik2 kuar. selsema ngan batuk pun ada gak sbb tu la Adeef demam.
Semalam aku tak keje, temankan Adeef kat umah. Adeef walaupun demam tp tak la asik merengek jer. bila makan ubat, dia aktif balik. bila dia rasa badan tak sedap agaknyer, merengek la sikit2. tp kali ni jaga Adeef senang sikit sebab tak banyak kerenah. tido pun lena.
Cuma pagi tadi jer Adeef soh ummi tukar baju keje.hehehehe.... masa antar ke umah mak aku, dia batuk n muntah lak kena baju n tudung ummi. kena la ummi tukar baju jer. nak senang, amik tshirt ngan jaket je la... hihihiih.... hrp2 ptg ni Adeef dah sihat la...
No comments:
Post a Comment