NuffnangX

Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Tuesday, March 13, 2012

Gastrik


Lately ni aku kerap sgt sakit perut n aku syak gastrik dtg balik lps bertahun tahun aku tak kena...
dulu2 masa sekolah aku mmg ada gastrik tp lps tu lama sgt tak kena...
aku leh agak sbb selalu sgt pedih perut wpun rasa cam br je lps makan
bila terasa perut sebu... jap lg standby la sakit kepala
pstu selalu sakit perut memulas-mulas n cirit birit tak tntu masa


saja google psl gastrik n dpt dr sumber kat sini nak share




Punca Penyakit Gastrik:
Punca penyakit gastrik adalah amalan tabiat makan (minum pagi, makan tengahari dan makan malam) yang tidak mengikut waktu yang tetap. Sebagai contoh kadang-kadang makan tengahari pukul 11.00, kadang-kadang pukul 12.00, kadang-kadang pukul 1.00, kadang-kadang pukul 2.00 dan kadang-kadang bila tersangat sibuk sampai pukul 4.00 petang belum makan tengah hari. Apabila amalan ini diteruskan untuk tempuh kira-kira 5 tahun, insyaAllah Allah akan memberikan penyakit gastrik. Setelah penyakit gastrik dikesan, namun tabiat ini masih diteruskan, insyaAllah dalam tempuh 2 tahun lagi, orang ini akan mendapat penyakit yang lebih serius lagi iaitu peptic ulcer atau ulser perut.
Tempuh matang untuk penyakit gastrik ini akan dipercepatkan lagi sekiranya seseorang itu merokok, suka makan nenas, makan mee segera, jeruk kering dan basah, junk food, minum minuman bergas, makan makanan berangin seperti pisang nangka, ubi dan cempedak / nangka; makan makanan terlalu pedas, makan hingga tersangat kenyang, makan ubat doktor atau tradisional tertentu dan makan makanan yang bercuka.

Tanda-tanda penyakit gastrik:
  1. Kerap sakit kepala di bahagian kanan kepala terutama apabila perut kosong atau lewat makan nasi. - selalu kena
  2. Sakit kepala ini kadang-kadang diikuti dengan perasaan loya atau mual dan sebu perut dan hilang selera untuk makan. Kadang-kadang simptom ini dialami tanpa sakit kepala. - selalu gak kena lebih2 lg bila xsmpat makan or xmkn lgsung
  3. Demam yang saya panggil demam gastrik apabila selalu miss makan pagi, tengahari atau malam. - tak perasan pernah kena ke tak
  4. Muntah kadang-kadang berwarna kuning dan kadang-kadang ada darah dalam muntah atau darah beku bergumpal. - muntah kuning tu pernah, yg darah tak pernah. yg ni dah kronik kot
  5. Sakit perut yang kadang kala teramat sakit. -  selalu memulas2 tak tntu masa
  6. Keluar angin dari mulut macam sendawa terutama apabila bahagian tertentu badan digosok atau diurut. -  tak tntu, tgk keadaan. kalo time mmg tgh sebu perut tu mmg sng la nak sndawa

Rawatan penyakit gastrik:
  1. Pastikan mulai sekarang, waktu makan adalah mengikut disiplin waktu yang ketat contoh setiap hari makan tengahari pukul 1.00 tgh plus minus 15 minit. -  time weekday kat opis agak teratur sbb mkn ikut time. bila weekend mmg problem sbb mkn ikut suka.  kekdg xbekpes, xlunch terus mkn ptg kul 2-3 smpai mlm xmkn dah
  2. Elakkan makanan junk food, jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah dan juga mee segera. -  yg ni mmg tak amik sgt sbb aku mmg tak baper sker junk food.  dulu2 mmg kuat mkn asam tp sejak peknen xsker asam smpai skg
  3. Elakkan nescafe, kopi, teh, minuman bergas, sunquick dalam botol, orange squash, air limau - yg ni payah sket.  teh kopi mmg mnuman ruji katanya.  air gas mmg tak sgt wpun mnum tp sket2 je seteguk dua
  4. Jikalau peringkat gastrik berat, elakkan segala makanan mengandungi yeast seperti roti, donat, pau, piza dll -  jarang sgt amik
  5. Elakkan makan terlalu kenyang - ni pun dah jarang sgt mkn terlalu byk
  6. Elakkan cuka, makanan yang pedas - tang cuka tu mmg elak sbb lps csec aliff dulu. tang pedas tu susah sket sbb dah mmg darah jawa tp skg mmg try to avoid pedas sgt2.  mkn yg pedas sket2 jer
  7. Elakkan atau kurangkan daging dan ayam. -  hmmmm.... daging jarang mkn tp ayam selalu.  kena mkn ikan selalu la skg ni
  8. Elakkan makanan ubi, pulut, keledek, kentang, pisang nangka, pisang tanduk, cempedak / nangka, rebung, dan makanan lain yang menyebabkan kembung perut atau banyak angin dan sendawa. -  jarang amik kot, paling tidak mkn goreng pisang la kot semgu sekali
  9. Elakkan sama sekali dari mengambil sebarang ubat dari doktor dan klinik bagi rawatan gastrik seperti milk of magnesia dsb kerana ia akan merumitkan lagi gastrik. - bab ubat2 ni mmg amik je la tp xmkn pun...
  10. Minum susu segar atau susu tepung full cream (bukan HL atau low fat atau annelene) pada awal pagi (6.30 pagi), 10.00 pagi, 4.00 ptg dan 9.30 malam setiap hari sehingga benar-benar sembuh. - mmg tak la mnum susu.  tp doc aku kata kena elakkan mnum susu... cmner tuh
  11. Kalau sakit perut teramat sangat, muntah atau demam, ambil secekak pucuk jambu batu, rebus dengan 3 sudu ketumbar, rebus dengan 3 gelas air dan masak hingga menjadi 1 gelas. Bahagikan air ini kepada 3 bahagian, minum 1 bahagian air rebusan ini tiga kali setiap 4 jam. - tak pernah lg kena teruk cam ni.





Friday, November 18, 2011

Poney Sale!




smpai 30hb... sempat gaji... eheheheheh